Malaysia jadi pusat diplomasi dunia dengan kehadiran puluhan pimpinan dunia – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
27 OKT. 2025

Hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 semalam menyaksikan Malaysia menjadi pusat diplomasi dunia dengan kehadiran puluhan pimpinan dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin ini bukan sahaja dari ASEAN malah Amerika Syarikat, Brazil, Afrika Selatan, Kanada, Australia, Kesatuan Eropah dan PBB.

“Sekaligus ka mencerminkan keyakinan global terhadap peranan ASEAN sebagai pusat perdamaian dan kemakmuran serantau,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata hari bersejarah ini turut menyaksikan termeterainya Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand serta perjanjian perdagangan baharu Malaysia–Amerika Syarikat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *