Pertemuan singkat teliti semula hasil perbincangan dua hala Malaysia–Amerika Syarikat – PMX

Wartawan JM
Foto: Izzuddin Abd Radzak
27 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, sebelum beliau berlepas ke Tokyo, Jepun, pagi ini.

Beliau berkata pertemuan ini memberi ruang untuk meneliti semula hasil perbincangan dua hala Malaysia–Amerika Syarikat yang telah dijalankan sebelum ini, termasuk kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, teknologi, dan keamanan serantau.

“Saya turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Trump atas peranan beliau dalam menjayakan Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL Accord) serta Pelan Damai Gaza, yang menjadi sinar harapan ke arah keamanan yang adil dan berkekalan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata Malaysia dan Amerika Syarikat bertekad untuk terus memperkukuh hubungan dua hala berasaskan saling hormat, kepentingan bersama, dan semangat memperjuangkan keamanan sejagat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *