PMX, isteri rai pemimpin ASEAN, Rakan-Rakan Dialog, Tetamu dalam Makan Malam Gala

Wartawan JM
Foto: Izzuddin Abd Radzak, Afiq Hambali
28 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meraikan para pemimpin negara ASEAN, Rakan-Rakan Dialog dan Tetamu Pengerusi dalam Majlis Makan Malam Gala yang menampilkan keunikan sajian serta kekayaan warisan budaya Malaysia.

Anwar berkata resepsi ini menjadi lambang persahabatan, kesatuan dan semangat kebersamaan yang menjadi teras ASEAN, sebuah komuniti yang diasaskan atas kepercayaan, saling hormat dan kerjasama.

“Pada malam yang istimewa ini, kami juga turut meraikan ulang tahun kelahiran sahabat saya, Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva seorang sosok yang sentiasa memperjuangkan keadilan sosial, solidariti Selatan-Selatan dan aspirasi dunia yang lebih seimbang,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar menzahirkan penghargaan mendalam kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini termasuk barisan biduan dan biduanita tempatan, pasukan orkestra serta para penari kebudayaan yang mewakili segenap lapisan dan segmen masyarakat, bersama-sama menyumbang kepada persembahan memukau dan gemilang. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *