Malaysia hargai Australia terus menyokong perjuangan kemanusiaan di Gaza

Wartawan JM
Foto: Shahnaz Fazlie, Izzuddin Abd Radzak
29 OKT. 2025

Malaysia menzahirkan penghargaan kepada Australia atas sokongan berterusan terhadap perjuangan kemanusiaan di Gaza, termasuk dalam menentang ketidakadilan serta mendukung usaha penyelesaian konflik secara aman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan strategik Malaysia–Australia akan terus berkembang bukan sekadar sebagai perkongsian, tetapi sebagai visi bersama demi kesejahteraan dan kemakmuran generasi akan datang.

Terdahulu Anwar menghargai Rundingan Pemimpin Tahunan ke-3 Malaysia–Australia bersama rakan sejawat, Anthony Albanese, dan delegasi beliau bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

DALAM SUASANA MESRA

“Sesi ini berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat kerjasama , merangkumi pertemuan empat mata, mesyuarat dua hala serta sidang media bersama, selain pemeteraian memorandum persefahaman yang membuka ruang baharu ke arah masa depan yang lebih mampan dan inklusif,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau berkata antara bidang yang dikenal pasti untuk diperkukuh ialah pendidikan, agrikultur, sektor halal, keselamatan makanan, tenaga, pengurusan air, belia dan sukan, yang semuanya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan serantau yang lebih seimbang dan lestari. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *