



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
31 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan ahli-ahli U.S-APEC Business Coalition.
Beliau berkata Malaysia dan Amerika Syarikat terus mengekalkan dialog yang kukuh dan konstruktif, berteraskan komitmen bersama untuk memperkukuh perdagangan, pelaburan serta kemakmuran ekonomi demi manfaat kedua-dua negara.
“Kita terus menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam sektor-sektor utama seperti semikonduktor, farmaseutikal, kewangan dan ekonomi digital, menggambarkan ketahanan serta keakraban hubungan ekonomi antara kedua-dua negara,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Beliau berkata gabungan perniagaan ini turut menyambut baik Perjanjian Timbal Balas Perdagangan Malaysia–Amerika Syarikat (ART) yang dimeterai baru-baru ini, sebagai langkah strategik untuk memperkukuh kestabilan dan keyakinan dalam suasana perdagangan global yang tidak menentu. – JM
