





Wartawan JM
1 NOV. 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Hari Kurier Negara 2025 bertemakan “Merakyatkan Penghantaran, Menghubungkan Negara” di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor.
Beliau turut melancarkan Kod Amalan Perkhidmatan Pos (CPPS) yang merupakan kod amalan kendiri pertama industri pos dan kurier bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, sejajar perkembangan sektor logistik digital negara.
Pada majlis yang sama, beliau turut menyaksikan sesi menandatangani perjanjian antara Shopee Malaysia dengan rakan kurier serta menyampaikan Anugerah MyKURIER 2025 dan Anugerah Tokoh Pekerja Kurier 2025.
“Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Presiden Persatuan Syarikat Penghantaran Express Malaysia (AMEC), Ronald Tan,” kata Kementerian Komunikasi dalam hantaran di FB. – JM
