






Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
1 NOV. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berlepas pulang ke Kuala Lumpur sebaik selesai urusan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC di Gyeongju, Republik Korea.
Beliau menzahirkan penghargaan kepada Presiden Republik Korea Lee Jae Myung atas layanan penuh mesra dan semangat persahabatan kepada delegasi Malaysia.
“Terima kasih juga buat pasukan Kementerian Luar dan MITI, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, para petugas keselamatan dan rakan-rakan media yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran setiap aturcara sepanjang berada di Gyeongju,” tambah beliau sambil mengungkap satu perkataan Korea – Kamsahamnida! – . JM
