JABATAN PENJARA MALAYSIA UNGGUL DALAM TRANSFORMASI DIGITAL – MAJLIS ANUGERAH PROGRAM ROADSHOW MyGovUC XCELERATE 2025

PUTRAJAYA, 4 November 2025 – Jabatan Penjara Malaysia (JPM) terus membuktikan komitmen tinggi dalam memperkasa adaptasi teknologi komunikasi kerajaan melalui kejayaan cemerlang yang diraih pada Majlis Anugerah Program Roadshow MyGovUC Xcelerate 2025 yang berlangsung di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan Jabatan Penjara Malaysia dalam menyokong agenda Transformasi Digital Sektor Awam demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang efisien, moden dan responsif kepada kehendak semasa.

Penerima Anugerah Utama :-

1) The Google Meet Heroes Award

Penerima: Fauziah binti Che Mustafa
-(Kategori 1,001–5,000 Pengguna)
-Diiktiraf atas kejayaan mengoptimumkan penggunaan Google Meet sebagai medium komunikasi rasmi yang efektif dan meluas di JPM.

2) The Best Train The Trainer (TTT) Award

Penerima: SM Shafulnizam bin Hj Ramlan
-Mengangkat kecemerlangan dalam penyampaian latihan dan pembangunan kompetensi warga kerja JPM melalui program latihan berimpak tinggi.

Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama seluruh warga JPM dalam memacu inovasi dan penguasaan teknologi baharu selaras dengan kehendak perkhidmatan awam yang sentiasa berkembang.

Jabatan Penjara Malaysia akan terus komited memperkukuh budaya digital, memastikan modal insan yang berdaya saing serta mempertingkat kecekapan sistem dan operasi demi kepentingan negara.

MalaysiaMadani

MADANIBerkerja

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *