


Oleh: Sholina Osman
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
5 NOV. 2025
Kerajaan bersetuju melaksanakan langkah strategik bagi menempatkan Malaysia dalam kalangan 20 negara terbaik dunia dalam Indeks Inovasi Global (GII) menerusi tadbir urus dan pemantauan rentas agensi yang lebih berkesan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagi melonjakkan kedudukan Malaysia dalam GII,
penanda aras penting bagi menilai tahap inovasi dan daya saing negara di peringkat dunia.
“Indeks ini menjadi panduan kepada kerajaan, industri dan pembuat dasar dalam merangka keputusan strategik untuk memastikan Malaysia muncul sebagai negara berteknologi tinggi yang berteraskan nilai MADANI menjelang 2030,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara hari ini.
PEMBIAYAAN DANA SAINS
Perdana Menteri berkata, pihaknya juga meneliti penambahbaikan dalam pembiayaan dana Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) agar penyampaian lebih cekap dan berimpak tinggi.
Jelas beliau kerjasama awam–swasta dikenal pasti sebagai pemangkin utama, selaras dengan Dasar STI Negara 2021–2030 yang berhasrat mengubah Malaysia menjadi negara pembangun teknologi.
“Saya tekankan keperluan menyelaras agenda penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berorientasikan misi agar tidak bergerak secara bersendirian,” tambah beliau.
Beliau menjelaskan ini supaya setiap inovasi benar-benar membawa manfaat kepada rakyat dan membentuk masa depan negara yang lebih unggul. – JM
