Filem “Pavane for an Infant” dipilih wakil Malaysia ke Anugerah Akademi (OSCARS) Ke-98

Oleh: Sholina Osman
6 NOV. 2025

Filem cereka tempatan berjudul “Pavane for an Infant” diumumkan secara rasmi bakal mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (OSCARS) Ke-98 di Los Angeles, Amerika Syarikat tahun depan.

Kenyataan media Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memaklumkan filem ini akan bertanding kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik (Best International Feature Film).

Pemilihan ini telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS, yang dianggotai oleh barisan profesional dan berpengalaman dalam industri perfileman.

Penilaian dibuat berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan
oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS).

MERAIH PELBAGAI PENGIKTIRAFAN

“Filem “Pavane for an Infant”, terbitan Janji Pictures Production Sdn. Bhd. dan arahan Pengarah, Chong Keat Aun, telah meraih pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Antara kejayaan yang dicapai filem itu termasuklah Youth Jury Award,
39th Fribourg International Film Festival 2025 dan Golden Silk Road Award (Best Screenplay), 12th Silk Road International Film Festival.

Selain itu, karya ini turut ditayangkan dan bertanding dalam beberapa festival berprestij dunia.

INTERNATIONAL FILM FESTIVAL

Antaranya 49th Hong Kong International Film Festival (2025), 44th Istanbul International Film Festival (2025), 24th New York Asian Film Festival (2025), Taipei Golden Horse Film Festival (2024) dan 37th Tokyo International Film Festival (2024) – World Premiere, Asian Future Competition.

Pemilihan “Pavane for an Infant” sebagai wakil Malaysia mencerminkan potensi besar
sinema tempatan yang semakin mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

FINAS akan terus komited memperkasakan bakat dan karya tempatan agar terus
cemerlang di pentas dunia. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *