






Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 NOV. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke pasar pagi GAYA di Kota Kinabalu pada pagi ini.
Beliau berkata suasana penuh warna dengan pelbagai hasil tempatan, hasil kraf, makanan dan senyuman orang Sabah yang begitu mesra dan membekas.
Jelas Anwar pasar minggu sudah lama menjadi mercu dan nadi masyarakar setempat, dan menjadi pusat kepada peniaga-peniaga mencari rezeki dan tempat ketemu serta berkongsi kisah dan cerita.
“Justeru, itu kita akan terus beri dukungan kepada peniaga-peniaga kecil, dan semoga ekonomi rakyat terus menyemarak untuk dirasai semua,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
