PMX, keluarga besar KEADILAN sangat sedih atas kehilangan Mantan ADUN Penanti

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hari ini (8 November) merupakan hari yang sangat sedih buat beliau dan keluarga besar KEADILAN apabila kehilangan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Abdul Rahman Abdul Kadir.

Anwar dimaklumkan mengenai permergian buat selamanya mantan ADUN Penanti ini ketika melakukan lawatan kerja di Pulau Pinang semalam.

“Mendoakan segala dosanya diampunkan dan rohnya diberi tempat yang teristimewa di sisiNya,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata Allahyarham Abdul Rahman merupakan ADUN pertama dari KEADILAN tatkala parti untuk pertama kalinya bertanding di Pilihanraya Negeri Pulau Pinang pada tahun 1999.

PENDIRI DAN PENGASAS

“Allahyarham Abdul Rahman adalah antara pendiri dan pengasas KEADILAN, dan menjadi asas kekuatan KEADILAN di Pulau Pinang dan buat pihak parti, saya merakamkan ucapan takziah setingginya, dan kehilangannya ternyata memilukan,” kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri juga turut berkongsi bahawa anaknya saudara Allahyarham iaitu Rozaid Abdul Rahman merupakan mantan Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri, dan telah meninggal dunia pada Ogos tahun lalu. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *