Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau melambangkan komitmen Kerajaan MADANI – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
10 NOV. 2025

Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau melambangkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan rakyat Sabah menikmati perkhidmatan kesihatan yang moden, selamat dan berkualiti tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan projek naik taraf ini bakal memberi manfaat besar kepada masyarakat di Pantai Timur Sabah.

Selain itu kata beliau ia akan memperkukuh keupayaan Hospital Tawau dalam menangani peningkatan jumlah pesakit dari semasa ke semasa.

“Saya juga menekankan bahawa pemantauan berterusan dan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri amat penting agar setiap projek seperti ini dapat disiapkan mengikut jadual, diselenggara dengan baik, dan benar-benar dimanfaatkan oleh rakyat,” kata beliau dalam hantaran di FB.

MAJLIS PELUNCURAN BLOK

Terdahulu beliau berucap pada Majlis Peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau di sini hari ini yang turut dihadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad.

Anwar berkata Kerajaan MADANI memberi penekanan besar kepada pendidikan dan kesihatan yakni dua tonggak penting dalam mengangkat martabat rakyat dan memajukan negara.

Jelas beliau kedua-dua sektor ini akan terus diberi perhatian dan ditambah baik, baik dari segi perkhidmatan mahupun kemudahan, demi kesejahteraan rakyat seluruhnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *