






Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
10 NOV. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan singgah ke Pasar Semarak dan Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbahraya di Kampung Muhibbah, Tawau bagi mendekati warga setempat serta pelbagai lapisan masyarakat.
“Saya manfaatkan peluang ini untuk bertanya khabar, mendengar pandangan mereka tentang isu-isu semasa, dan meninjau sendiri kemudahan infrastruktur yang tersedia, termasuk yang perlu ditambah baik demi keselesaan dan kesejahteraan semua,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
