
















Oleh Noraini Nordin
(Sorotan PRN Sabah ke 17)
10 November 2025
Akhirnya terjawab sudah persoalan siapakah calon-calon yang dipilih untuk mewakili KEADILAN dalam Pilihan Raya Sabah kali ini.
KEADILAN semalam telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada PRN Sabah, 29 November depan.
Parti KEADILAN akan bertanding di 10 kerusi Dun setelah melakukan rundingan yang teliti dengan UMNO/BN serta GRS.
Senarai 10 calon KEADILAN dan kerusi yang mereka tandingi adalah seperti berikut:
N18 Inanam – Datuk Peto Galim
N20 Api-Api – Thonny Chee
N23 Petagas – Datuk Awang Husaini Sahari
N35 Sindumin – Datuk Yamani Hafez Musa
N42 Melalap – Datuk Jamawi Jaafar
N44 Tulid – Datin Rufinah Pengeran
N50 Gum-Gum – Abdul Said Pimping
N54 Karamunting – Datuk George Hiew Vun Zin
N61 Segama – Romansa Lamin
N72 Merotai – Datuk Ruji Ubi
Semua calon KEADILAN terdiri daripada pelbagai latar belakang – daripada seorang bekas timbalan menteri, bekas pegawai tinggi kerajaan dan profesional.
SLOGAN HARAPAN URANG SABAH
Dengan slogan “Harapan Urang Sabah”, kesemua 10 calon yang ditampilkan itu diyakini berpotensi besar untuk meraih kemenangan.
Tambahan lagi, selain kedudukan KEADILAN sebagai peneraju kerajaan di peringkat pusat yang tentunya merupakan suatu kelebihan, kesemua calon juga mendapat sokongan penuh daripada UMNO/BN dan juga GRS.
Tidak berlaku pertembungan sesama sendiri antara PKR dengan UMNO/BN dan GRS.
Tambah membuatkan peluang kemenangan dilihat cerah ialah komitmen Anwar Ibrahim sendiri selaku Perdana Menteri dan Presiden KEADILAN untuk mengetuai jentera kempen PRN Sabah ini.
Menurut Anwar, keputusannya mengetuai jentera kempen KEADILAN adalah bagi menyelaras strategi kempen dan memperkukuh perpaduan di semua bahagian di negeri itu.
