PMX lawat Sabah dua hari mulai hari ini

Oleh: Sholina Osman
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Tanjung Aru di sini pada 1.45 tengah hari untuk memulakan lawatan dua hari ke Sabah.

Beliau berada Sabah bagi menghadiri rangkaian program yang telah disusun sepanjang dua hari, sebagai usaha mendekati rakyat dari pelbagai lapisan dan memahami denyut nadi sebenar masyarakat.

“Semoga segala perancangan dipermudahkan dan membawa manfaat kepada rakyat Sabah yang sentiasa menjadi keutamaan kita,” kata beliau dalam hantaran di FB.

DIALOG ANAK MUDA

Beliau dijadual menghadiri Dialog Anak Muda bersama Perdana Menteri pada 2 petang di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) Penampang.

Kemudian menghadiri Program
Ziarah Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas di Kampung Duvanson, Putatan.

Anwar turut dijadual melawat mangsa kebakaran Kampung Petagas pada 4.20 petang sebelum menghadiri Ceramah Perdana dan makan malam bersama masyarakat Cina Kota Kinabalu di Putera Ballroom, Kampung Padang di sini.

CERAMAH PERDANA PM

Beliau kemudian akan menghadiri Ceramah Perdana PM Sayang Sabah DUN Petagas pada 8.30 malam di Hotel Pan Borneo diikuti ceramah sama di DUN Inanam di tapak letak kereta Inanam New Township.

Esok, Perdana Menteri dijadual mengadakan Program Ramah Mesra bersama pimpinan masyarakat DUN Tulid pada 10.30 pagi di Padang
Kampung Menawo Ulu, Tulid, Keningau.

Program Ramah Mesra di DUN Melalap pada 12.20 tengah hari di Dewan Datuk OKK Sanggau
Jalang, Tenom. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *