Dr Wan Azizah lawat Kebun Komuniti Perumahan Awam Seri Sabah 3A

Wartawan JM
16 NOV. 2025

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
melawat Kebun Komuniti Perumahan Awam Seri Sabah 3A.

Kebun komuniti ini telah menerima Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) serta insentif Sejati MADANI bersama dengan Kebun Komuniti Persatuan Penduduk Sri Johor 4A

Pensijilan myGAP (Malaysian Good Agricultural Practice) ini dapat menjamin hasil pertanian yang berkualiti, selamat, produktif dan lestari, serta memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja ladang terpelihara.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pertanian atas bimbingan, panduan serta khidmat teknikal yang telah diberikan sehingga komuniti berjaya mencapai tahap ini,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *