Kuasa memilih pemimpin di tangan rakyat, guna sebijaknya demi masa depan Sabah, Malaysia- PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 NOV. 2025

Kuasa memilih pemimpin ada di tangan rakyat makan gunakan dengan bijaksana demi masa depan Sabah dan Malaysia yang dicintai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pesanan ini ketika menyampaikan Ceramah Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, khususnya kepada para pengundi yang bakal menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin berintegriti dan benar-benar bekerja untuk rakyat.

“Kemajuan negeri dan negara bergantung kepada kebijaksanaan rakyat memilih mereka yang layak,”
kata Anwar dalam hantaran di FB.

Justeru itu kata beliau setelah pilihan dibuat dengan hati yang jernih dan akal yang waras, lahirlah kepimpinan yang mampu membawa Malaysia terus melangkah ke hadapan.

Rakyat boleh menilai sendiri antara projek utama yang telah dan sedang dilaksanakan di Sabah antaranya menaik taraf Hospital Tawau, pembaikan Penjara Lahad Datu, pembinaan pelabuhan kontena di Sepanggar Bay, dan cadangan pusat perubatan jantung di Kota Kinabalu.

Kerajaan MADANI akan terus bekerja tanpa henti kerana amanah rakyat tidak pernah berhenti, malah pembangunan termasuk di Sabah mesti diteruskan, kebajikan mesti dijaga, dan suara rakyat mesti sentiasa didengar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *