Hubungan Malaysia-Ethiopia tidak sekadar urusan diplomasi biasa – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
20 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan Malaysia-Ethiopia tidak sekadar urusan diplomasi biasa.

“Kita bicara tentang perdagangan, pelaburan, teknologi, Kecerdasan Buatan (AI), semikonduktor, malah isu kemanusiaan seperti kezaliman di Gaza dan perang di Sudan,” kata beliau semasa berucap semasa menghadiri Majlis Santapan Negara yang dihoskan Perdana Menteri Ethiopia Dr. Abiy Ahmed Ali di Istana Negara malam tadi.

Selainnya, beliau turut menekankan mengenai sejarah panjang hubungan akrab kedua-dua negara.

“Saya menzahirkan peringatan tentang kerajaan agung pimpinan Raja Najashi yang membuka pintu perlindungan kepada umat Islam yang berhijrah dengan semangat dan sikap yang luar biasa,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

HARUS TERUS BERBICARA

Justeru, itu tegas beliau mengapa harus terus berbicara untuk memicu perpecahan sedangkan sejarah mengajar kita erti kemanusiaan dan saling mengasihi?

“Kita menekankan MADANI untuk tidak hanya menumpukan pada kemajuan materi, tetapi juga menekankan nilai,” tambah beliau.

Beliau berkata sementara kerajaan pimpinan Dr Abiy gigih mempasak Medemer sebagai usaha merangkul kekuatan ramai dalam menjelmakan reformasi yang bermakna.

“Penghargaan setingginya kepada Dr. Abiy kerana kesudian dan kesanggupannya untuk datang dari Tanduk Afrika pada tahun lalu ke Kuala Lumpur sebagai usaha beliau melakar perjalanan persahabatan ini,” kata Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *