Fahmi saksi MoU antara MCMC, ANATEL dalam Telekomunikasi, IC

Wartawan JM
Foto BERNAMA
21 NOV. 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Agensi Telekomunikasi Nasional Brazil
(ANATEL) memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dalam Telekomunikasi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Pertukaran MoU tersebut diadakan sempena Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25) di Baku, Azerbaijan yang
disaksikan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

МСМС diwakili Timbalan Pengarah Urusan (Kawal Selia dan Korporat) Datuk Zurkarnain Mohd Yasin manakala ANATEL diwakili Presidennya Carlos Manuel Baigorri.

BADAN KAWAL SELIA

Fahmi berkata MoU itu adalah penting supaya pihak MCMC mempunyai kerjasama dengan rangkaian badan kawal selia di Amerika Selatan yang membolehkan pertukaran pengalaman antara kedua-dua pihak.

Fahmi berkata MoU itu adalah penting supaya pihak MCMC mempunyai kerjasama dengan rangkaian badan kawal selia di Amerika Selatan yang membolehkan pertukaran pengalaman antara kedua-dua pihak.

“Pengalaman yang berbeza, situasi mungkin berbeza dan kerencaman itu boleh membantu kita memahami apa boleh kita lakukan untuk terus meningkatkan kesalinghubungan termasuk di rantau kita,” katanya.

MoU SANGAT BERSEJARAH

Menurut Fahmi, pertukaran MoU sangat bersejarah, susulan Lawatan Negara Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva ke Malaysia bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada Oktober lepas.

Sementara itu, Zurkarnain berkata ia adalah MoU pertama antara MCMC dengan badan kawal selia komunikasi di benua Amerika dan kerjasama itu memberi tumpuan kepada perkongsian maklumat dalam pembangunan rangka kerja perundangan, susulan cabaran sentiasa berubah dengan perkembangan teknologi.

“MoU ini adalah untuk membangunkan keupayaan, berkongsikan maklumat berkaitan rangka kerja perundangan bagi mengatasi perkara-perkara melibatkan kawal selia industri yang makin berkembang terutamanya berkaitan kandungan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *