PMX selamat tiba di Johannesburg

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
20 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Johannesburg, Republik Afrika Selatan bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20 atas jemputan Presiden Matamela Cyril Ramaphosa.

Beliau berkata undangan ini menggambarkan komitmen Afrika Selatan untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia, berteraskan persahabatan, rasa saling menghormati dan aspirasi bersama sebagai Negara-Negara Selatan (Global South).

“Insya-Allah, penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 kali ini membuka ruang penting untuk saya berkongsi aspirasi serta pencapaian selaku Pengerusi ASEAN 2025, selain mengemukakan suara Malaysia dalam isu mendesak yang memberi kesan kepada rantau dan dunia,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau menaruh keyakinan bahawa kehadiran Malaysia di Johannesburg bukan sekadar menghadiri persidangan, sebaliknya cerminan tekad kita untuk memperkukuh solidariti Global South, di samping meneroka kerjasama yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang strategik demi manfaat bersama. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *