PPS: UniMAP sediakan Dewan Serbaguna Kampus Kubang Gajah

Wartawan JM
24 NOV 2025

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil langkah segera membantu komuniti setempat yang terjejas akibat banjir dengan membuka Dewan Serbaguna di Kampus Kubang Gajah sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mulai hari ini.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Ts. Dr. Zaliman Sauli, berkata inisiatif ini mencerminkan komitmen universiti dalam memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat sekitar terus terpelihara, selaras dengan tema UniMAP4Society, sebagai institusi yang dekat dengan komuniti.

“UniMAP sentiasa cakna terhadap situasi banjir yang melanda beberapa kawasan di Perlis. Pembukaan Dewan Serbaguna ini sebagai PPS adalah usaha segera kami untuk memastikan penduduk yang terjejas mendapat perlindungan selamat, terurus dan selesa,” ujar beliau dalam kenyataan media malam ini.

PPS AKAN DISELARAS

Menurutnya, segala persiapan dan kelengkapan logistik di PPS akan diselaraskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis, dengan kerjasama rapat pihak universiti.

“Kerjasama dengan kerajaan negeri amat penting untuk memastikan pengurusan dan penyediaan infrastruktur di PPS berjalan lancar. UniMAP bersedia memberi komitmen sepenuhnya dari segi fasiliti dan tenaga kerja yang diperlukan.

“UniMAP akan terus memantau keadaan banjir dan bersedia menyediakan bantuan tambahan sekiranya diperlukan demi menjamin keselamatan komuniti setempat serta warga universiti,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *