Info Pengguna -(25 Nov 2025)

KDN SIAP SIAGA BANJIR 2025

Kekuatan Bersepadu Keselamatan Rakyat Terjamin

Menjelang Monsun Timur Laut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama semua jabatan dan agensi kerajaan berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan utama.

Dengan kekuatan aset darat, udara, maritim dan komuniti, KDN serta agensi penyelamat kerajaan menggerakkan operasi secara bersepadu melibatkan:
🔹 Polis Diraja Malaysia (PDRM)
🔹 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
🔹 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
🔹 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
🔹 Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM)
🔹 Sokongan komuniti serta agensi lain di lapangan

🛡️ PERANAN TERAS KDN: Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir

KDN komited memastikan amaran awal disampaikan, pemindahan dilaksanakan dengan cepat, dan keselamatan komuniti terus terpelihara sehingga pasca-banjir.

✅ TINDAKAN AWAL ANDA: 4 LANGKAH PENTING KESELAMATAN

1️⃣ PEKA AMARAN
Ikuti maklumat sahih daripada pihak berkuasa. PDRM sentiasa memantau kawasan berisiko banjir.

2️⃣ SEDIA PINDAH
Sediakan kit kecemasan, ubat-ubatan dan dokumen penting. RELA sentiasa bersedia membantu di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

3️⃣ ELAK RISIKO
Jangan meredah banjir. Aset darat dan bot jabatan KDN sedia digerakkan bagi pemindahan ke kawasan selamat.

4️⃣ MATIKAN SUIS
Tutup semua suis elektrik utama sebelum meninggalkan kediaman untuk mengelakkan renjatan elektrik.

🚑 OPERASI SAR (Search and Rescue)

Pasukan SAR KDN sentiasa dikerahkan untuk mencari, menyelamat dan memindahkan mangsa yang terperangkap akibat bencana banjir — pantas, responsif dan bersepadu.

🤝 KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

KDN akan terus memperkukuh kesiapsiagaan, menambah baik koordinasi dan memastikan setiap operasi dijalankan dengan penuh profesionalisme demi keselamatan rakyat Malaysia.

📲 Muat turun aplikasi SaveME999 untuk bantuan kecemasan segera.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *