Banjir: Pejabat MCMC Perlis ditutup

Wartawan JM
25 NOV 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
memaklumkan Pejabat MCMC Negeri Perlis yang terletak di Bangunan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja ( KWSP) di Jalan Bukit Lagi, Kangar ditutup susulan paras air
yang semakin naik di lokasi pejabat.

Kenyataan media MCMC memaklumkan orang ramai yang ingin berurusan dengan Pejabat MCMC
Negeri Perlis masih boleh berbuat demikian dengan menghubungi nombor telefon di talian 04-970 8000 atau e-mel kepada prso@mcmc.gov.my.

Mereka juga boleh menghubungi Aduan MCMC menerusi e-mel:
aduanskmm@mcmc.gov.my ataupun portal https://aduan.mcmc.gov.my/
sekiranya terdapat sebarang aduan yang ingin dikemukakan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *