Malaysia terus cetak, terbit al-Quran dalam pelbagai bahasa diedar seluruh dunia – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
26 NOV. 2025

Malaysia akan terus berusaha mencetak dan menerbitkan al-Quran dalam pelbagai bahasa untuk diedarkan ke seluruh dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agar ia menjadi sumber rujukan yang memperlihatkan keindahan, kesederhanaan serta rahmah yang menjadi inti ajaran Islam.

“Saya turut menyerahkan sumbangan senaskhah al-Quran edisi khas, selain dua kotak al-Quran terjemahan bahasa Swahili dan bertajwid, sebagai simbol penyebaran ilmu serta ikatan persaudaraan ummah,” kata beliau dalam hantaran di FB.

SESI LIBAT URUS

Sebelum itu Anwar hadir dalam sesi libat urus bersama para pimpinan Masjid Jamia di Nairobi, Republik Kenya.

Beliau menegaskan pertemuan ini membuka ruang untuk mereka berbincang serta bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh pembangunan ummah bukan sahaja dari segi pendidikan dan dakwah, tetapi juga melalui pengukuhan institusi serta pembinaan masyarakat yang berakhlak dan berdaya.

“Saya menegaskan komitmen Malaysia untuk terus mengangkat martabat Islam sebagai agama yang menjunjung kesejahteraan, toleransi dan ihsan,” kata Anwar.

Dalam konteks ini, Perdana Menteei menekankan kepentingan pendidikan, dakwah berhemah, dialog antara peradaban serta kerjasama erat dengan komuniti Islam di Kenya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *