Perlunya usaha mengaplikasikan teknologi moden dalam pengajian Islam – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
29 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan perlunya usaha untuk mengaplikasikan teknologi moden dalam pengajian Islam.

Beliau berkata ia termasuk dalam pemahaman al-Quran dan khatam hadith, agar ilmu terus berkembang seiring tuntutan zaman.

Jelas beliau kerajaan juga akan terus memikul amanah in bagi memperbaiki kesejahteraan rakyat melalui agenda seperti transisi tenaga, pembangunan ekonomi yang mampan.

“Sambil itu kita akan mempertahankan karamah insaniah, akhlak serta keyakinan agama sebagai landasan Malaysia MADANI,”
kata beliau dalam hantaran di FB.

MAJLIS KHATAM SAMA’

Sebelum itu Perdana Menteri menghadiri Majlis Khatam Sama’ Hadis Sahih Muslim Antarabangsa 2025 di Masjid Putra, Putrajaya.

Ia dihadiri ribuan muslimin dan muslimat serta para ulama terkemuka dari seluruh dunia.

Majlis ini juga turut diserikan dengan syarahan perdana para ulama yang memperkukuh ukhuwah keilmuan serta mengangkat syiar Islam di persada antarabangsa.

PENGHARGAAN SAYA RAKAMKAN

“Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada Mufti Besar India Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari,, serta para masyaikh dari Yaman, Mesir, Bahrain, Tunisia, Indonesia dan Malaysia,” kata beliau.

Anwar berkata kehadiran mereka menyuburkan keyakinan bahawa ikhtiar seperti ini mampu terus mengukuhkan sinergi antara ulama dan umara.

Jelas beliau dalam tausiah, Sheikh Abu Bakar turut menegaskan kepentingan Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sebagai rujukan utama umat Islam, di samping menganjurkan penghayatan kitab-kitab hadith lain seperti Sunan Tirmizi bagi memperluas kefahaman dan penguasaan ilmu. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *