






Wartawan JM
1 DIS. 2025
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi KASIH Malaysia telah hadir bagi merasmikan Sambutan Hari Sukan Warga Emas Tahun 2025 Peringkat Daerah Sepang.
Ia dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang, dengan kerjasama KASIH Malaysia, Panel Kesihatan Daerah Sepang serta rakan strategik lain.
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi meraikan sumbangan warga emas kepada pembangunan negara, di samping memupuk gaya hidup sihat, aktif dan produktif dalam kalangan masyarakat berusia.
BANGUNKAN WARGA EMAS
“Kita mahu bangunkan Warga Emas yang aktif dan sihat selain meningkatkan kesedaran mengenai risiko penyakit kronik, mempunyai emosi yang stabil dan dapat meminimumkan kebergantungan kepada penjagaan jangka panjang dan lebih berupaya menyumbang kepada komuniti,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Turut hadir, Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim; Pengarah JKM Negeri Selangor, Azmir Kassim; serta Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Sepang, Deputi Superitendan Abdul Hasan Ismail.
Dr Wan Azizah mengucapkan teima kasih dan syabas diucapkan buat semua pihak yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, komuniti serta pihak swasta yang telah bersama menjayakan program ini. – JM
