PMX bangga syarikat anak tempatan wujudkan Kenderaan EV Perodua, dikenali QV-E

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
1 DIS. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa amat bangga sebagai rakyat Malaysia apabila menyaksikan kejayaan syarikat anak tempatan merealisasikan kewujudan Kenderaan Elektrik Pertama (EV) Perodua, yang dikenali sebagai QV-E.

Beliau berkata pencapaian ini lahir daripada kepintaran, disiplin, kegigihan serta keyakinan para jurutera, saintis dan tenaga mahir tempatan lantas membuktikan bahawa bukan sahaja Perodua, tetapi Malaysia mampu mengangkat martabat dan harakat negara.

PROSES PEMINDAHAM
TEKNOLOGI

Jelas beliau lagi walaupun berdepan kekangan termasuk proses pemindahan teknologi yang tidak selalu lancar, kekuatan dalaman Perodua bersama para pendidik dan penyelidik tempatan menjadi pemangkin kejayaan ini.

“Perjalanan negara penuh cabaran, namun hari ini kita melihat hala tuju dasar yang jelas, muafakat yang kuat dan disiplin yang utuh, hatta inilah yang memungkinkan kita mencapai kejayaan yang dahulunya dianggap sukar,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata Kerajaan MADANI memberikan jaminan dukungan penuh bahawa akan membuka ruang lebih luas agar pengalaman dan kejayaan istimewa yang boleh menjadi ilham kepada anak-anak muda untuk terus meneroka dan memacu teknologi baharu negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *