

Wartawan JM
3 DIS. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pelantikan semula Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Dr Zambry
Abdul Kadir dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua yang berkuat kuasa hari ini.
Kenyataan media Pejabat Perdanq Menteri (PMO) memaklumkan bahawa pelantikan ini membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar, tatakelola dan agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI kelak, selepas proses pertimbangan yang cermat, berhemah dan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara. – JM
