




KUALA LUMPUR, 4 Disember – Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh PHB hari ini telah berjalan dengan lancar dengan penyertaan dan kehadiran oleh Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Tan Sri Mohd Nasir Ahmad, Dato’ Azmi Mohd Ali, Dato’ Hashimah Hashim dan Puan Norani Mustapha, Ketua Pegawai Pelaburan serta Pengurusan Tertinggi. Kehadiran kepimpinan tertinggi mencerminkan komitmen PHB untuk memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus yang berkesan.
Program dimulakan dengan sesi ceramah integriti oleh PKPj Westmoreland Ajom, Ketua Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM yang memberi tumpuan kepada risiko rasuah semasa, kepentingan kawalan dalaman, serta tanggungjawab pengurusan dalam mematuhi kehendak undang-undang seperti Seksyen 17A. PKPj Westmoreland juga turut menyampaikan teks ucapan YBhg. Datuk TPj Ahmad Nizam Bin Ismail, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat kepada para hadirin.
Majlis IBR yang melibatkan ikrar penyertaan semua hadirin dan diketuai oleh En. Asyraf Aiman Mokhtar, Pengurus dari Unit Integriti dan Govenans. Dokumen IBR ini ditandatangani oleh YBhg. Tan Sri Mohd Nasir Ahmad, Pengerusi Lembaga Audit, Risiko & Integriti (BARIC) PHB dan disaksikan oleh PKPj Westmoreland Ajom. Ikrar ini menjadi asas kepada usaha PHB memperkukuh nilai integriti secara konsisten.
Tan Sri Mohd Nasir Ahmad turut menyampaikan amanat dan seterusnya meluncurkan Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS) 2025 – 2027 PHB.
Secara keseluruhan, program ini berjaya meningkatkan kesedaran, menyatukan komitmen kepimpinan dan mengukuhkan langkah pencegahan rasuah dalam PHB. Ia juga memperkukuh aspirasi PHB untuk kekal sebagai organisasi yang berintegriti tinggi dan dipercayai oleh pemegang taruh.
