πŸ“,𝟎𝟎𝟎 π“πŽππˆ πŠπ„π‹π„πƒπ€π‘ ππ„π‘π‚π”πŒπ€ π“π€π‘πˆπŠ π“π”πŒππ”π€π πƒπˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‘π€ππ‚π€πŠπŠπ€π πŒπ€πƒπ€ππˆ

PUTRAJAYA, 5 Disember 2025 – Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang bermula hari ini menerima sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat, merangkumi para pelajar, golongan pekerja dan orang awam yang membanjiri tapak acara, sekali gus menarik tumpuan masyarakat apabila sebanyak 5,000 unit topi keledar akan diedarkan kepada penunggang motosikal sepanjang tiga hari program berlangsung.

Inisiatif Pertukaran Topi Keledar oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini bertujuan meningkatkan keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal melalui penggunaan topi keledar berkualiti yang mematuhi piawaian serta diperakui oleh SIRIM Berhad.

Selain aspek keselamatan, kempen ini membantu mengurangkan beban kewangan penunggang motosikal, khususnya golongan B40, penghantar makanan dan pelajar yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama. Harga topi keledar yang semakin meningkat menjadi antara faktor ramai pengguna masih memakai topi keledar lama atau tidak berkualiti, sekali gus meningkatkan risiko keselamatan di jalan raya.

Orang ramai yang berminat mendapatkan topi keledar percuma dinasihatkan hadir lebih awal ke reruai JPJ pada hari Sabtu dan Ahad. Pengunjung turut diingatkan untuk membawa topi keledar lama serta lesen memandu sebagai syarat melengkapkan proses pertukaran.

πŸ—“οΈ 5 – 7 Disember 2025
⏰ 9:00 Pagi – 10:00 Malam (Sabtu dan Ahad)
9:00 Pagi – 6:00 Petang (Ahad)
πŸ“Œ Pekarangan Dataran Putrajaya, Putrajaya

Foto oleh: Mohd Najib bin Mohaini (UKK JPM)

AgendaReformasiPerkhidmatanAwam

ProgramMADANIRakyat2025

JabatanPerdanaMenteri

BersamaMalaysiaku

RancakkanMADANI

MalaysiaMADANI

MADANIBekerja

TaatSetia

@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *