Singapura buka konsulat di Kota Kinabalu, Kuching – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
5 DIS. 2025

Singapura akan membuka konsulat baharu di Kota Kinabalu dan Kuching.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekaligus ia bakal memanfaatkan penduduk setempat dalam sektor ekonomi, pelancongan dan tenaga boleh baharu.

Anwar memberitahu demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.

Keduanya mengetuai delegasi masing-masing untuk membincangkan pelbagai isu dua hala secara mendalam.

MENCAPAI BEBERAPA PERSETUJUAN

Anwar berkata mesyuarat yang amat produktif ini telah mencapai beberapa persetujuan bersama dan memperluas kerjasama merentasi pelbagai bidang selain turut memperkukuh hubungan akrab Malaysia-Singapura sebagai sahabat rapat dan antara anggota pengasas ASEAN.

“Saya berbesar hati kerana pelaburan perniagaan sebanyak RM17.97 bilion telah dicapai di dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sejak MoU berkenaan dimeterai tahun lalu,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar tegaskan kepentingan keyakinan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura dalam merealisasikan kejayaan yang menakjubkan bukan sahaja pencapaian pelaburan dan perdagangan, tetapi kerjasama yang membawa manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara.

“Saya dan Lawrence turut menyaksikan pertukaran MOU mengenai kerjasama kesihatan, memerangi pengedaran dadah dan perjanjian tambahan Laluan Sistem Transit Laju Johor Bahru–Singapura (RTS Link),” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *