Sebagai tonggak utama kerajaan, KKR mesti pastikan setiap perancangan peroleh hasil – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 DIS. 2025

Kementerian Kerja Raya (KKR) merupakan antara tonggak utama kerajaan dalam memastikan setiap perancangan dan perincian pembangunan negara dapat diterjemahkan kepada hasil yang nyata untuk rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuk memastikan para kontraktor yang dilantik melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan profesionalisme.

“Ia bukan sambil lewa, bukan dengan melengahkan projek kerana setiap kelewatan menjejaskan manfaat yang sepatutnya dinikmati rakyat,” kata beliau dalam hantaran di FB.

SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN

Terdahulu beliau bertemu dengan warga KKR sempena Perhimpunan Bulanan kementerian.

“Libat urus seumpama ini, yang julung kali diadakan bersama warga kementerian, menjadi wadah penting untuk terus mendekati penjawat awam serta memahami realiti pelaksanaan dasar di lapangan,” kata Anwar.

Beliaunmenzahirkan penghargaan kepada seluruh warga KKR dan mengajak semua untuk terus memacu kecemerlangan agar projek infrastruktur negara dapat disiapkan tepat masa, berkualiti dan berimpak kepada kesejahteraan rakyat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *