Bencana: PMO Malaysia salur sumbangan RM500 seorang kepada pelajar Indonesia di Malaysia

Wartawan JM
11 DIS. 2025

Malaysia akan menyalurkan sumbangan RM500 seorang sebagai permulaan kepada pelajar dari Aceh dan Sumatera Utara yang menuntut di Malaysia ekoran bencana yang menimpa wilayah berkenaan baru-baru ini.

Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan boleh mendaftar dengan institusi pengajian masing-masing bagi membolehkan bantuan diselaras dan disalurkan mengikut keperluan mereka.

Malaysia menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada Kerajaan Indonesia dan seluruh rakyatnya atas bencana yang menimpa Aceh dan Sumatera Utara dan bersolidariti bersama saudara kita yang sedang melalui detik sukar ini.

“Sebagai tanda ihsan dan persahabatan antara dua negara jiran
yang berkongsi hubungan kekeluargaan, Malaysia akan
menyalurkan sumbangan berkenaan,” tambah kenyataan itu. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *