Malaysia-New Zealand meterai kerjasama strategik perkukuh ekosistem halal global

Oleh: Sholina Osman
11 DIS. 2025

Kerajaan Malaysia terus mengorak langkah proaktif dalam memperkukuh ekosistem halal global melalui pemeteraian dokumen kerjasama melalui Halal Implementing Arrangement bersama Kerajaan New Zealand hari ini.

Majlis penuh bermakna yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Michael Walsh, sebagai simbol keakraban hubungan diplomatik kedua-dua negara dalam mengangkat martabat dan nilai halal di mata dunia.

“Kerjasama strategik ini menumpukan kepada penyelarasan aspek teknikal dan prosedur pengeksportan produk makanan halal, sekaligus membuka lembaran baharu dalam pertukaran kepakaran antara dua negara,” kata JAKIM dalam perkongsian di FB.

PERDAGANGAN RENTAS SEMPADAN

Inisiatif ini bukan sahaja mempermudah urusan perdagangan rentas sempadan, malah memperkukuh jaminan kualiti dan integriti rantaian bekalan halal yang menjadi nadi kepada keyakinan pengguna di peringkat antarabangsa.

Melalui kesepakatan ini, Malaysia dan New Zealand optimis dapat melonjakkan potensi industri halal ke tahap yang lebih tinggi, memastikan produk yang dipasarkan menepati standard halal Malaysia yang diiktiraf dunia.

Usaha ini selari dengan aspirasi negara untuk kekal sebagai peneraju halal global yang berintegriti, di samping membuka pintu peluang ekonomi yang lebih luas buat pemain industri tempatan.

Semoga kerjasama erat ini terus memacu kecemerlangan inovasi dan keselamatan makanan, seterusnya membawa manfaat yang mampan kepada rakyat dan komuniti global. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *