




SEPANG, 9 Disember β Bersempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) yang disambut pada 9 Disember setiap tahun, syarikat penerbangan bertaraf dunia iaitu Airasia berkolaborasi dengan SPRM menganjurkan βAllstars International Anti-Corruption Day 2025β yang melibatkan lebih 100 Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi, Pegawai dan staf Capital A Berhad dan AirAsia X sebagai usaha memperkukuh integriti serta mewujudkan persekitaran kerja yang bebas dari rasuah.
Dalam ucapan perasmian program, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes menekankan kepada warganya mengenai budaya kerja yang jujur dan telus sebagai prinsip utama integriti dalam sesebuah organisasi selain menyatakan komitmen kepada kempen βKeep Malaysia Cleanβ (KMC). KMC merupakan usaha yang diperkenalkan oleh SPRM memfokus kepada tiga elemen iaitu nilai murni, masyarakat murni dan alam murni.
Di akhir sesi, Tan Sri Tony turut memimpin lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Ahmad Nizam Ismail.
Acara turut diserikan dengan sesi taklimat KMC βClean Economic Ecosystemβ oleh Pengerusi PPPR SPRM, Datin Yasmin Ahmad Merican dan sesi forum integriti bertajuk βIntegrity β How does it concern me?β menampilkan PKPj Westmoreland Ajom bersama Danny Ebinesan, Ketua Kumpulan Risiko dan Ong Kean Siang sebagai panelis yang menekankan kepentingan Seksyen 17A ASPRM 2009, polisi pendedahan salah laku dan deklarasi hadiah, serta pengawasan dalaman yang mantap.
Penganjuran HARA dan majlis IBR ini sekaligus mengukuhkan imej Capital A dan AirAsia X sebagai organisasi yang proaktif menyokong agenda antirasuah negara serta komited menegakkan tadbir urus berintegriti dalam operasi mereka.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi AirAsia X, Datoβ Fam Lee Ee.
