Prestasi cemerlang kerajaan cerminan kekuatan penjawat awam – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
11 DIS. 2025

Prestasi kerajaan yang semakin cemerlang hari ini adalah cerminan kekuatan penjawat awam seluruhnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata malaj kejayaan Malaysia yang kian terserlah menerusi keyakinan pelabur, kemajuan teknologi, serta kedudukan kita di pentas dunia, lahir daripada kegigihan penjawat awam yang bergerak seiring barisan pimpinan negara memastikan Malaysia terus melangkah ke hadapan.

“Ini termasuk seluruh jentera Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah bertungkus-lumus menyiapkan skim saraan baharu demi menaikkan gaji dan kebajikan penjawat awam,” kata beliau dalam perkongsian di FB.

Terdahulu beliau hadir ke Majlis Makan Malam Konvensyen Kongres Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ke-30.

MENERIMA SAMBUTAN POSITIF

Anwar mengucapkan syukur apabila Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini telah menerima sambutan positif daripada rakan-rakan penjawat awam.

“Kerja keras kita selama tiga tahun ini mula memperlihatkan hasil,” jelas beliau.

Sebagai tanda penghargaan, beliau mengumumkan sumbangan tambahan RM500,000 bagi melancarkan perjalanan konvensyen ini.

“Semoga Allah memperkukuh iltizam kita untuk terus memajukan Malaysia bersama-sama, berasaskan dedikasi tertinggi penjawat awam,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *