PMX tiba di Langkawi hadir beberapa program dirangka

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
12 DIS. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Langkawi, Kedah bagi menghadiri beberapa program yang dirangka untuk memperkukuh hubungan Kerajaan dengan rakyat serta memastikan setiap dasar dan inisiatif terus berpaksikan keperluan mereka.

Beliau wturut melakukan tinjauan di Jeti Kuah untuk melihat sendiri mutu perkhidmatan yang disediakan, selain mendengar pandangan serta keperluan para pengguna.

“Jeti Kuah memainkan peranan penting sebagai pintu masuk utama ke Langkawi, bukan sahaja menghubungkan pergerakan rakyat dan pelancong, tetapi juga menyokong kegiatan ekonomi setempat,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata Kerajaan MADANI akan terus memastikan kemudahan awam seperti ini diperkasa demi keselesaan, keselamatan dan kepentingan rakyat keseluruhannya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *