


Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
12 DIS. 2025
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mencapai kesepakatan untuk menggerakkan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey sesegera mungkin supaya manfaat pembangunan ini dapat dinikmati rakyat dan membuka peluang ekonomi baharu.
Berikutan itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi berkaitan diarahkan untuk bergerak pantas dan memastikan projek ini menjadi model baharu pelaksanaan pembangunan negara yang lebih cekap, tersusun dan berintegriti.
Anwar berkata ia adalah satu projek strategik yang penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kedudukan negara dalam sektor pelabuhan dan logistik.
TELAH LAMA DIRANCANG
“Projek ini telah lama dirancang dan tidak wajar lagi ditangguhkan,” kata beliau ketika mempengerusikan mesyuarat mengenai pembangunan tersebut di Putrajaya.
Anwar berkata dalam melaksanakan pembangunan ini, kepentingan Orang Asli, penduduk setempat, nelayan serta kelestarian ekosistem akan terus dipelihara.
“Pembangunan negara mesti berjalan seiring dengan keadilan sosial dan tanggungjawab terhadap alam, kerana di situlah terletaknya makna kemajuan yang sebenar dan berkekalan,” tambah beliau. – JM
