ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πˆππ’π“πˆπ“π”π’πˆ πŠπ„πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€π€π πŒπ„ππ‰π„π‹π€ππ† 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐔𝐀

13 Disember 2025

KotaKinabalu : Institusi kekeluargaan perlu segera diperkukuh sebagai asas kesejahteraan nasional ketika Malaysia bersiap sedia memasuki fasa negara tua menjelang 2048, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah berkata Malaysia diunjur menjadi negara tua apabila peratusan penduduk berusia 65 tahun ke atas mencecah 14 peratus daripada populasi negara, sekali gus menuntut tindakan awal dan kesedaran masyarakat untuk kesejahteraan rakyat.

β€œPerubahan ini menuntut tindakan dan perancangan segera untuk kita memastikan kesannya dapat ditangani dengan efektif, terutamanya kepada golongan rentan,” katanya merujuk kepada Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika berucap pada Seminar Inspirasi Keluarga MADANI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Hadir sama isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Faridah Tussin dan isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.

πŸ“Έ Zamain Singkui | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *