









16 Disember 2025
KUALA LUMPUR : Sejumlah 77 buah kenderaan mewah pelbagai jenama yang dipandu warga tempatan dan warga asing telah ditahan menerusi Ops Luxury 4.0.
Menurut Datok Aedy Fadly Ramli, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), sejak ops dilaksanakan bermula 12 Disember 2025 lalu, pelbagai kesalahan telah direkodkan antaranya tiada Lesen Kenderaan Moto (LKM), tuada perlindungan insurans dan lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen yang sah (CDL).
Jelas beliau, semua kenderaan tersebut kini ditahan di depoh simpanan JPJ untuk siasatan dan telah disita mengikut Seksyen 64 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta peraturan-peraturan berkaitan.
Beliau berkata, demikian dalam sidang media di JPJ W.P Kuala Lumpur, petang tadi.
Hadir sama, Datok Muhammad Kifli Ma Hassan – Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia, Hamidi Adam, Pengarah JPJ W.P Kuala Lumpur, Nor Azhar Manap, Pengarah Bahagian Korporat & Perancangan Strategik, serta Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan.
JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak
yang gagal mematuhi peraturan jalan raya. Pelaksanaan berkala Ops Luxury ini akan terus diperkukuh sebagai usaha strategik JPJ bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan sektor pengangkutan negara.
(SUMBER BERITA JPJ MALAYSIA)
