






BENTONG, 16 September 2025 – YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan, hari ini, telah mengadakan lawatan ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Cawangan Bentong, Pahang bagi meninjau pengoperasian pejabat baharu yang mula beroperasi pada 8 September 2025.
Ketibaan YB telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya bin Syed Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Negeri Pahang dan pegawai-pegawai kanan Jabatan.
Lawatan ini bertujuan meninjau operasi serta kesiapsiagaan pejabat baharu dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan selesa kepada orang awam.
Untuk rekod, pembinaan Pejabat Baharu JPJ Bentong telah dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan kos pembinaan berjumlah RM10.4 juta di atas tapak seluas 1.5776 ekar di Jalan Chamang, Bentong.
Turut hadir, YBrs. Tuan Mohd Zaki bin Ismail, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Darat; YBrs. Tuan Abdul Ghani bin Selbi, Bahagian Darat, Unit Keselamatan Pengangkutan Darat, dan YBrs. Tuan Mohd Rusyidi bin Ramli, Setiausaha Sulit Kanan, Pejabat Timbalan Menteri.
