





KUALA LUMPUR, 17 Disember 2025 – YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan Bacaan Kali yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang (RUU) Imigresen (Pindaan) 2025 dan RUU Pasport (Pindaan) 2025 di Dewan Negara, hari ini. Kedua-dua RUU ini telah dibahaskan dan kemudiannya diluluskan dengan undian sebulat suara oleh Ahli-ahli Dewan Negara.
Turut hadir pada sesi ini, pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri daripada Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Pejabat Penasihat Undang-undang, Pejabat Pasukan Petugas Khas NIISe, Bahagian Perancangan Strategik, Bahagian Komunikasi Korporat serta Jabatan Imigresen Malaysia, dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.
