MESYUARAT PASCA-KABINET KEMENTERIAN DALAM NEGERI BILANGAN 29/2025

PUTRAJAYA, 17 Disember 2025 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah mempengerusikan Mesyuarat Pasca-Kabinet (MPK) Bil.29/2025 di Kementerian Dalam Negeri. Dalam Mesyuarat Pasca-Kabinet, YB Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan keputusan-keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri kepada ahli-ahli mesyuarat dan membincangkan isu-isu terkini berkenaan dengan KDN.

Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Dato’ Abdul Halim bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBrs. Tuan Fakhrul Razi Ab Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, serta pengurusan tertinggi KDN meliputi ketua jabatan dan agensi bawah KDN.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *