
Oleh: Sholina Osman
18 DIS. 2025
Sebanyak 10 syarikat yang dikesan terbabit dalam kegiatan penipuan membabitkan 127 laporan polis, telah dimasukkan ke dalam pangkalan data Semakmule CCID dalam tempoh sebulan sehingga 15 Disember lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, masing-masing 19 laporan polis diterima ke atas syarikat Everhub Wholesale Sdn Bhd dan Aura Home Sdn Bhd, 18 laporan terhadap Myhome Renovation Sdn Bhd dan 13 laporan DAC West Pacific Trading Sdn Bhd.Menurutnya, syarikat lain adalah Endowus Multi Solutian (13 laporan), TPG Halls Enterprise (10 laporan), Texas PG Sdn Bhd (9 laporan), Across Centuries Group Sdn Bhd (9 laporan), JMC M Trading Venture (9 laporan) dan EG Global View Sdn Bhd (8 laporan).
“Polis menasihatkan orang ramai yang ingin berurusan dengan syarikat yang baru dikenali supaya tidak terus mempercayainya
Semak di Semakmule CCID dengan memasukkan nama syarikat atau nombor akaun bank mereka di mana jika keluar amaran bermaksud ia adalah syarikat penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – JM
