


Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
18 DIS. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan untuk terus memelihara hubungan yang baik dengan semua pihak, bukan sahaja di peringkat kementerian dan agensi, malah merangkumi seluruh lapisan masyarakat.
Beliau berkata amanah dan tanggungjawab yang dipikul ini perlu digalas sebaik-baiknya agar setiap dasar dan polisi Kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi manfaat nyata kepada rakyat.
“Peri pentingnya, aspek komunikasi diperkasakan secara berterusan supaya maklumat yang disampaikan jelas, tepat dan sampai ke semua lapisan masyarakat, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang berteraskan keterangkuman dan kebertanggungjawaban,” kata beliau dalam hantaran di FB.
Terdahulu beliau menerima kunjungan Timbalan-Timbalan Menteri yang baharu. – JM
