YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR SUMBANG PERALATAN SEKOLAH KEPADA SEKOLAH AGAMA TUNJUK LAUT DENGAN KERJASAMA YAYASAN JCORP

17 Disember 2025

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 110 set peralatan sekolah kepada murid Sekolah Agama (SA) Tunjuk Laut, Kota Tinggi semalam (17 Disember).

YSIJ turut menyumbang televisyen pintar (Smart TV) dan mesin pencetak untuk kegunaan warga pendidik.

Majlis penyampaian sumbangan berlangsung di SA Tunjuk Laut dengan dihadiri Miswan Yunus, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Wan Su Ali, Pengurus Besar Yayasan JCorp dan Shah Reza Md Kanafe, Pengurus Kanan YSIJ.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama Yayasan JCorp bagi bantuan Projek Solar yang akan mengurangkan kebergantungan pihak sekolah terhadap set generator, manakala QSR Brands (M) Holdings Berhad turut menyumbangkan bantuan pek makanan kepada murid sekolah.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *