PMX pertegaskan kepentingan memelihara hubungan baik terhadap seluruh lapisan masyarakat

18 Disember 2025

Sewaktu menerima kunjungan Timbalan-Timbalan Menteri yang baharu, PMX menegaskan kepentingan untuk terus memelihara hubungan yang baik dengan semua pihak, bukan sahaja di peringkat kementerian dan agensi, malah merangkumi seluruh lapisan masyarakat.

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata, amanah dan tanggungjawab yang dipikul ini perlu digalas sebaik-baiknya agar setiap dasar dan polisi Kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi manfaat nyata kepada rakyat.

” Peri pentingnya, aspek komunikasi diperkasakan secara berterusan supaya maklumat yang disampaikan jelas, tepat dan sampai ke semua lapisan masyarakat, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang berteraskan keterangkuman dan kebertanggungjawaban, ” tegas PMX dalam perkongsian di laman sosialnya hari ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *