



Kerajaan MADANI telah bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus daripada kadar tol biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Dis ini kepada pengguna kenderaan persendirian bersempena dengan sambutan Hari Krismas.
Suatu lagi berita gembira hadiah daripada Kerajaan MADANI yang pastinya menceriakan rakyat Malaysia yang sedang merancang percutian sempena sambutan Hari Krismas yang bakal menjelma beberapa hari lagi.
Diskaun tol tersebut diberikan kepada kenderaan kelas 1 (kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang) di semua plaza tol kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
KERAJAAN MENANGGUNG IMPLIKASI KEWANGAN
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan menanggung implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20.65 juta bagi membayar pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.
Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus daripada kadar tol biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Dis ini kepada pengguna kenderaan persendirian bersempena dengan sambutan Hari Krismas.
Diskaun tol ini diberikan kepada kenderaan kelas 1 (kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang) di semua plaza tol kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan menanggung implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20.65 juta bagi membayar pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.
Sementara itu lebih 2.2 juta kenderaan sehari menggunakan lebuh raya PLUS sempena cuti perayaan Krismas pada tahun ini.
