PMX bincang hala tuju terbaik dengan PM Kemboja, Thailand untuk redakan ketegangan

21 Disember 2025

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan berhubung dengan Perdana Menteri Kemboja dan Thailand bagi bertukar pandangan serta membincangkan hala tuju terbaik ke arah meredakan ketegangan yang timbul antara kedua-dua negara.

” Saya menegaskan pentingnya untuk Kemboja dan Thailand berpegang kepada semangat dialog, kebijaksanaan dan saling menghormati demi menamatkan ketegangan serta memelihara keamanan dan kestabilan rantau ini, ” jelas PMX dalam perkongsian di laman media sosialnya hari ini.

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang akan berlangsung esok merupakan wadah sesuai dan konstruktif untuk membolehkan kedua-dua negara berunding secara terbuka, selesaikan perbezaan secara aman, serta mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *